Friday 19 August 2011

'Clash of the Bloggers' Fantasy Team'

Assalamualaikum wbr..

Bagi kaki2 bola pasti tahu apa itu fantasy premier league kan. Jom main fantasy league.. kalau ada rezeki dapat duit!!

fantasyfootball

nak join, klik BANNER tuh!!

lawan tetap lawan!! biar game week 2 dah pun, game week 1 tok dapat 68 point JER!!

Friday 3 June 2011

Fan Page Aliff Aziz Kena Hacked Pulak Di Jack Sparrow & Rileks Crew

Assalamualaikum wbr…..

Selamat malam semua dan apa khabar semua rakyat Malaysia yang masih tidak ketiduran di saat embun pagi menggigilkan seluruh tubuh. Tengah buat apa tuuuh??? hahaha

Okeh, entry kali ni bukan apa. Just wanna to share some new info which is nobody no about it… Hahaha (speaking mat salleh tok pepagi bute ni).

Fan Page Aliff Aziz Di Hack Oleh Rileks Crew…!!

Korang tahu tak sape Aliff Aziz tu? Ala penyanyi tuuu… Sayang, sayang, kau sudah berpunya, tertutup sudah… bla bla

fan page aliff aziz kena hack

Gambar ni tok print screen pada 10 minit pertama fanpage di hack. Macam mane tok tahu?? Ada lah rahsianya… haha

Okeh, malas nak berbicara pasal ni. Cuma nak tekankan di sini, sekuriti kita!!

Kenapa security kita masih tidak secure? Ni mujur kena hack by hacker Malaysia. Kalau kena macam oh media fm yang di hack oleh pihak hacker Garuda/Indonesia. Sampai bila2 tak dapat balik page tu. Hurm…..

jack sparrow hack aliff aziz

Jom kita sama2 baca RileksCrew Rulez

1) MOTIF

- Kami bukan suka-suka untuk HACK FB org dan HACK FB org bukanlah hobi kami.

- Kami adalah SECURITY TESTER yg menjalankan kerja-kerja mencari kelemahan I.T di FB

- Kami cuba untuk menyelamatkan FB anda jatuh ke tangan org yg tidak bertanggungjawab

- Kami ingin berkongsi kepada anda ciri keselamatan yg perlu diambil ketika ONLINE.

- Kami bertindak untuk menyedari bertapa tingginya risiko anda mendedahkan terlalu

banyak info peribadi di internet.

- Kami cuba mengekalkan niat untuk membantu anda terus selamat di dunia siber.

2) CARA KAMI

- Kami SECURITY TESTER tidak sesekali menggunakan sebarang SOFTWARE / TOOLS

untuk HACK mana-mana account Facebook. Kami menggunakan method SOCIAL ENGINEERING

bagi mengenalpasti setiap kelemahan yang boleh diperbaiki oleh sipemilik account FB tersebut.

3) PENAFIAN

- Kami tidak bertanggungjawab diatas segala kehilangan yang berlaku selepas pengambilalihan

dari pihak kami dari mana-mana account Facebook yang telah diambil alih.

- Kami juga tidak sesekali membuang, mendelete atau menjahanamkan account FB anda.

- Kami tidak bertanggunjawab diatas segala KOMEN / POST dari Friends / Fan account FB anda.

- Kami tidak menjual segala info peribadi anda kepada pihak ketiga.

- Kami tidak ingin untuk memiliki account anda lebih dari 10 hari melainkan tuntutan tidak diterima.

4) Ambil Alih

- Setiap pemilik sebenar account FB yg diambil alih oleh pihak kami boleh dituntut 24jam selepas

pengambilalihan berlaku.

- Setiap tuntutan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja.

- Pemilik sebenar account FB boleh menghubungi pihak kami melalui email:

rilekscrew [at] yahoo [dot] com

- Pemindahan hak milik kepada pemilik sebenar mungkin dilanjutkan jika beberapa faktor yang tidak

menyenangkan pihak kami diterima seperti MAKI HAMUN, FITNAH, CEMUHAN dan sebagainya.

- Account FB yg tidak dituntut dlm masa 10 hari seterusnya akan diambil alih 100% atau di delete.

- Account FB yg melampaui batasan KUTUKAN dan KOMEN NEGATIVE kpd pihak kami juga akan di DELETE

5) SIAPA KAMI?

- Kami hanyalah insan-insan biasa yang lemah lagi xberdaya untuk melawan kuasa ALLAH SWT.

- Kami adalah SECURITY TESTER, SECURITY ADMIN, SECURITY GUARD, NETWORK SECURITY & IT Security.

- Kami tergolong dalam Pihak WHITE HAT.

- Kami adalah berkumpulan dan setiap tindakan kami diawasi oleh ketua-ketua kami.

- Kami bukan penjenayah mahupun pencuri dan juga tidak boleh digelar sebagai penyangak.

- Kami bukan professional tetapi kami boleh menjadi professional.

- Kami tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak Badan Kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan.

- Kami budak baik.. hehehe..

6) DAKWA KAMI?

- Kami tidak berhak menerima mana-mana dakwaan yang diajukan kepada kami oleh mana-mana pihak

kerana kami tidak sesekali melakukan sebarang jenayah cyber spt yg telah dijelaskan di atas.

- Kami menjalankan aktiviti MENCEGAH dan MENYELAMAT untuk anda secara percuma dan terbuka

di perkhidmatan percuma yang disediakan oleh FACEBOOK dimana TERMS & PRIVACY telah pun

di perjelaskan sendiri oleh Facebook.

- Tidak ada kerosakkan yang berlaku di Server Facebook dalam apa jua bentuk.

- Kami hanya mengambilalih SEMENTARA account Facebook dan ini tidak boleh disama ertikan dengan pencerobohan.

Info & Tips lanjut boleh didapati disini > https://www.facebook.com/pages/RileksCrew/160687837329003

Pesanan Singkat a.k.a p/s dari JackSparrow:

Korang doa-doakan la, semoga Malaysia dapat menghantar wakil utk masuk ke dalam

Pertandingan Hacker Cup – http://www.facebook.com/hackercup -

Pesanan Singkat a.k.a p/s dari Kambeng Merah:

Mark Zuckerberg bukan dari Malaysia dan dia ni umpama DAJAL..

Kaji semula tentang dajal dan cuba cari persamaannya.

Terima Kasih,

Yang Menaip

Kambeng Merah

.

RileksCrew

Sudah jelas, mereka bukanlah pengkhianat ke apa ke, cuma security tester okeh!! fan page Abby Abadi pun dah dikembalikan walaupun beliau sangat tacink.. Hehe

Gud nite, kite tengok pagi esok havoc ke tak havoc. Haha Rileks Crew and Jack Sparrow!!

Wednesday 1 June 2011

neno

nia

Saturday 21 May 2011

5 Entry Besh di Denaihati.com

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, akhirnya tok join gak peraduan aka contest dari blogger terhebat Ariffshah. So untuk mencerahkan peluang untuk menang hadiahnya itu, tok buat entry ini merujuk kepada penaja contest iaitu blogger otai Denai Hati.

Blog Ariffshah menganjurkan peraduan ini. Sebagai ‘acara tambahan’, dikehendaki memilih 5 entri terbaik Denaihati menurut perkiraan peserta. Aku pilih dari senarai yang tersedia di blog Ariff. Berikut adalah pilihan aku berserta alasan-alasan yang munasabah untuk aku:

1) http://denaihati.com/promosi-percuma-untuk-blog-baru-dan-lama

Dari tajuk itu saja terhidu seakan ada ‘huluran bantuan’ dari yang berpengalaman dalam usaha menerajui blog untuk mereka yang baru dalam dunia blog. Melihat perkataan’ promosi’ dan ‘percuma’ semacam magnet untuk tahu lebih. jadi aku sebagai blogger newbie sangat memerlukan entry sebegini.

2) http://denaihati.com/google-akan-padam-akaun-blogger-yang-tidak-menggunakan-akaun-google

entry sebegini amat berguna kepada semua blogger tak kira dah lama mahupun setahun jagung. Entry yang membuatkan orang alert dengan info terkini yang mana tak dapat nak korek dalam utusan malaya atau berita harian.‘Post’ di atas adalah berbentuk ‘sebaran maklumat’. Bagi sesiapa yang faham diri sebagai ‘orang baru’,  pemberitahuan dan penyebaran maklumat sepenting itu amat bermanfaat. Setidak-tidaknya bolehlah ambil apa-apa tindakan dan langkah yang patut. Itu satu perkongsian yang amat baik dan berguna. Pemberitahuan disertai dengan langkah mengatasi masalah. Itu amat berguna pada pembaca dan pengikut blog tersebut. Pembaca menjadi peka dengan sebarang perubahan.

3) http://denaihati.com/cara-nak-popularkan-blog

Ini bukan bertujuan gila glamour. ‘Popular’ itu untuk aku membawa istilah ‘penambah rasa’. Maksud asalnya mencari ramai pembaca. Apa itu dipanggil mencari ‘traffic’. Itulah istilah yang diberi. Jangan risau, tak perlu pada polis mengawal lalulintas. Lagi banyak ‘traffic’, lagi bagus. Begitulah. Kalau penulis buku mesti mahukan pembaca. Pada aku samalah juga. Bila menulis, berharap ada yang mahu serta sudi membaca. Baru ada rasa.

4) http://denaihati.com/bagaimana-kalau-saya-ingin-jadi-macam-awak

Hakikatnya, kita tidak boleh menjadi orang lain. Istimewa kejadian Tuhan, setiap makhluk itu unik dan berbeza-beza. Cuma jadi diri sendiri. Namun kita masih boleh menurut jejak langkah orang yang telah mencapai kemajuan atau kejayaan. Jika telah disediakan laluan, pilihan kita sama ada teruskan perjalanan atau sebaliknya. Jika terlebih kemampuan bolehlah memilih ‘membuka’ jalan baru. Keinginan itu datang bersebab. Hanya kudrat dan upaya serta bimbingan perlu untuk realisasi sesuatu.

5) http://denaihati.com/7 perkara-setiap-blogger-perlu-tahu

Satu panduan berguna untuk blogger seperti aku terutamanya. Mungkin blogger lain juga buat sebegini namun olahan tulisan Denai Hati mampu menerangkan lagi maksud tersurat dan tersirat sesuatu ilmu yang hendak disampaikan.

Okeh, inilah sahaja 5 entry yang aku rasa best, opps actually banyak lagi entry best2 dari Denai hati kerana dialah Idola aku dalam dunia blogging. Semoga yang membaca mendapat kefahaman. 
Wassalam.

Giveaways Julung Kalinya Dari Cik Tom

Assalamualaikum wbr..

image

Bertemu kembali. Okeh, actually giveaway cik tom ni tok baru tahu. Huhu ketinggalan betul lah. Hadiah yang cik tom tawarkan pun gempak, hosting beb!! Hehe So tok nak memcuba tuah kot2 ade rezeki lagi. Hehe

Okeh, blog official tok http://tokesah.com/ memang dah self-hosting tapi perancangan tok nak tukar domain dan self-hosting untuk blog ini plak. Korang tahu kan blog ini khas untuk info2, tips2, pemberitahuan, SEO… so tok fikir wordpress ini bagus untuk SEO.

Tok nak menang!!!!  nak join sebelum tarikh tutup klik SINI

Friday 22 April 2011

Gambar Justin Bieber Tiba Di Malaysia| Gambar Kekasih Justin, Selena!!

Penyanyi remaja sensasi, Justin Bieber,17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.30 petang Khamis bersama kekasihnya, penyanyi Selena Gomez.

Kehadiran mereka bersempena konsert Justin Bieber My World Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 8.30 malam ini.

"Ya, dia (Bieber) akan tiba dari Singapura pada esok (hari ini)," kata seorang pegawai Jabatan Imigresen di KLIA kepada portal berita berbahasa Inggeris terbitran The Star, Daily Chilli, Rabu.

Bieber yang dijadualkan tiba di ibu negara semalam bagaimanapun terpaksa menangguhkan penerbangannya ekoran masalah kesihatan selepas mengadakan konsert di Singapura, Selasa lalu.

"Justin tidak berapa sihat. Jadi, dia berehat di hotel untuk satu hari lagi," dedah satu sumber dari hotel penginapan rasmi penyanyi itu di Marina Bay Sands, Singapura.
Lebih menggemparkan, kunjungan Bieber ke Kuala Lumpur turut ditemani kekasihnya Selena Gomez yang sama-sama mengiringi siri konsert jelajah penyanyi itu di rantau Asia Pasifik.

"Ya, Selena menemani Justin tetapi tidak mahu gambar mereka bersama dirakamkan," akui satu sumber terdekat penganjur rasmi konsert itu, Tune Talk.

Fenomena Bieber terbukti luar biasa apabila tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 sudah habis dijual.

Pintu pagar Stadium Merdeka akan mula dibuka pada pukul 7 malam Khamis sebelum konsert sebenar berlangsung pada pukul 8.30 malam.

Ribuan peminat khususnya remaja dijangka menyaksikan sebuah konsert daripada artis yang mencetuskan fenomena seluruh dunia itu.

 
 

 
Tags: gambar justin bieber di klia, justin bieber datang ke malaysia, justin bersama selena gomez di klia, konsert justin bieber di malaysia, gambar justin bieber & selena gomez di klia malaysia

Thursday 21 April 2011

Video Piala Copa De Rey Rosak/Musnah Jatuh Dari Bas| Sergio Ramos Jatuhkan Piala Copa De Rey Real Madrid

Piala bola sepak paling berprestij bagi kelab Sepanyol, Piala Raja Sepanyol, yang baru saja dimenangi pasukan Real Madrid terjatuh di depan bas pasukan itu apabila ia terlepas daripada genggaman pemain dan difahamkan rosak teruk.

Pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, yang mengangkat trofi seberat 15 kilogram itu di atas kepalanya ketika berada di dalam bas tanpa bumbung, terlepas piala berkenaan sebelum ia jatuh di depan bas yang membawa pasukan terbabit.

Bagaimanapun, ia gagal diselamatkan apabila bas terbabit melanggar piala berkenaan sebelum sempat memberhentikan kenderaan itu.

Menurut laporan berita radio Cadena Ser, petugas perkhidmatan kecemasan memungut sekurang-kurangnya 10 bahagian piala yang sudah pecah.
- AFP

Nak tengok Highlight perlawanan dramatik Barcalona vs Real Madrid!

Sila Klik Sini!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...