Showing posts with label Terkini. Show all posts
Showing posts with label Terkini. Show all posts

Saturday, 21 May 2011

Giveaways Julung Kalinya Dari Cik Tom

Assalamualaikum wbr..

image

Bertemu kembali. Okeh, actually giveaway cik tom ni tok baru tahu. Huhu ketinggalan betul lah. Hadiah yang cik tom tawarkan pun gempak, hosting beb!! Hehe So tok nak memcuba tuah kot2 ade rezeki lagi. Hehe

Okeh, blog official tok http://tokesah.com/ memang dah self-hosting tapi perancangan tok nak tukar domain dan self-hosting untuk blog ini plak. Korang tahu kan blog ini khas untuk info2, tips2, pemberitahuan, SEO… so tok fikir wordpress ini bagus untuk SEO.

Tok nak menang!!!!  nak join sebelum tarikh tutup klik SINI

Friday, 8 April 2011

Cara2 KenalPasti Telur Ayam Tiruan Dari China| Video Proses Telur Ayam Tiruan

Macam2 ada di Malaysia ini. Terbaru isu pasal telur ayam tiruan dari China. Walaupun isu ini dah lama di China tapi baru kini telur tiruan ini menmbusi pasaran di Malaysia. Jom kita hayati bagaimana cara2 nak kelal pasti telur ayam tiruan dengan original!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima aduan dari seorang pengguna, mangsa telah membeli 30 biji telur di pasar Pulau Tikus dengan harga RM11. Ada yang telah  makan sebulan baru sedar yang telur tu palsu.

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.

Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Cara Mengenal pasti telur ayam tiruan

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.
Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.

VIDEO CARA BUAT TELUR AYAM TIRUANKLIK SINI!!!

Monday, 4 April 2011

TERKINI: Gempa bumi 6.7 skala Ritcher di Selatan Jawa , Indonesia

KENYATAAN AKHBAR

( Dikeluarkan Pada 4 April 2011, 04:30pagi )

Gempa Bumi Kuat di Selatan Jawa, Indonesia

Pada 4 April 2011, 04 : 07 pagi

Satu gempa bumi kuat bermagnitud  6.7 pada skala Richter telah

berlaku di Selatan Jawa, Indonesia pada  04:07 pagi. Pusat gempa

bumi terletak di  9.9º  Selatan dan  107.6º Timur,  1336 km dari

Tenggara Johor Bharu, Johor.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini

dan akan memaklumkan yang terkini.

Pegawai bertugas : En. Azmi Bin Atan

No. Telefon: 03-79678066

Ellen copy dari JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

nota kaki :  Bila kita fikirkan, ianya semakin mendekati kita...dunia semakin tua, cepat2lah bertaubat!....

sumber: ellen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...