Showing posts with label Info Artis. Show all posts
Showing posts with label Info Artis. Show all posts

Friday, 3 June 2011

Fan Page Aliff Aziz Kena Hacked Pulak Di Jack Sparrow & Rileks Crew

Assalamualaikum wbr…..

Selamat malam semua dan apa khabar semua rakyat Malaysia yang masih tidak ketiduran di saat embun pagi menggigilkan seluruh tubuh. Tengah buat apa tuuuh??? hahaha

Okeh, entry kali ni bukan apa. Just wanna to share some new info which is nobody no about it… Hahaha (speaking mat salleh tok pepagi bute ni).

Fan Page Aliff Aziz Di Hack Oleh Rileks Crew…!!

Korang tahu tak sape Aliff Aziz tu? Ala penyanyi tuuu… Sayang, sayang, kau sudah berpunya, tertutup sudah… bla bla

fan page aliff aziz kena hack

Gambar ni tok print screen pada 10 minit pertama fanpage di hack. Macam mane tok tahu?? Ada lah rahsianya… haha

Okeh, malas nak berbicara pasal ni. Cuma nak tekankan di sini, sekuriti kita!!

Kenapa security kita masih tidak secure? Ni mujur kena hack by hacker Malaysia. Kalau kena macam oh media fm yang di hack oleh pihak hacker Garuda/Indonesia. Sampai bila2 tak dapat balik page tu. Hurm…..

jack sparrow hack aliff aziz

Jom kita sama2 baca RileksCrew Rulez

1) MOTIF

- Kami bukan suka-suka untuk HACK FB org dan HACK FB org bukanlah hobi kami.

- Kami adalah SECURITY TESTER yg menjalankan kerja-kerja mencari kelemahan I.T di FB

- Kami cuba untuk menyelamatkan FB anda jatuh ke tangan org yg tidak bertanggungjawab

- Kami ingin berkongsi kepada anda ciri keselamatan yg perlu diambil ketika ONLINE.

- Kami bertindak untuk menyedari bertapa tingginya risiko anda mendedahkan terlalu

banyak info peribadi di internet.

- Kami cuba mengekalkan niat untuk membantu anda terus selamat di dunia siber.

2) CARA KAMI

- Kami SECURITY TESTER tidak sesekali menggunakan sebarang SOFTWARE / TOOLS

untuk HACK mana-mana account Facebook. Kami menggunakan method SOCIAL ENGINEERING

bagi mengenalpasti setiap kelemahan yang boleh diperbaiki oleh sipemilik account FB tersebut.

3) PENAFIAN

- Kami tidak bertanggungjawab diatas segala kehilangan yang berlaku selepas pengambilalihan

dari pihak kami dari mana-mana account Facebook yang telah diambil alih.

- Kami juga tidak sesekali membuang, mendelete atau menjahanamkan account FB anda.

- Kami tidak bertanggunjawab diatas segala KOMEN / POST dari Friends / Fan account FB anda.

- Kami tidak menjual segala info peribadi anda kepada pihak ketiga.

- Kami tidak ingin untuk memiliki account anda lebih dari 10 hari melainkan tuntutan tidak diterima.

4) Ambil Alih

- Setiap pemilik sebenar account FB yg diambil alih oleh pihak kami boleh dituntut 24jam selepas

pengambilalihan berlaku.

- Setiap tuntutan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja.

- Pemilik sebenar account FB boleh menghubungi pihak kami melalui email:

rilekscrew [at] yahoo [dot] com

- Pemindahan hak milik kepada pemilik sebenar mungkin dilanjutkan jika beberapa faktor yang tidak

menyenangkan pihak kami diterima seperti MAKI HAMUN, FITNAH, CEMUHAN dan sebagainya.

- Account FB yg tidak dituntut dlm masa 10 hari seterusnya akan diambil alih 100% atau di delete.

- Account FB yg melampaui batasan KUTUKAN dan KOMEN NEGATIVE kpd pihak kami juga akan di DELETE

5) SIAPA KAMI?

- Kami hanyalah insan-insan biasa yang lemah lagi xberdaya untuk melawan kuasa ALLAH SWT.

- Kami adalah SECURITY TESTER, SECURITY ADMIN, SECURITY GUARD, NETWORK SECURITY & IT Security.

- Kami tergolong dalam Pihak WHITE HAT.

- Kami adalah berkumpulan dan setiap tindakan kami diawasi oleh ketua-ketua kami.

- Kami bukan penjenayah mahupun pencuri dan juga tidak boleh digelar sebagai penyangak.

- Kami bukan professional tetapi kami boleh menjadi professional.

- Kami tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak Badan Kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan.

- Kami budak baik.. hehehe..

6) DAKWA KAMI?

- Kami tidak berhak menerima mana-mana dakwaan yang diajukan kepada kami oleh mana-mana pihak

kerana kami tidak sesekali melakukan sebarang jenayah cyber spt yg telah dijelaskan di atas.

- Kami menjalankan aktiviti MENCEGAH dan MENYELAMAT untuk anda secara percuma dan terbuka

di perkhidmatan percuma yang disediakan oleh FACEBOOK dimana TERMS & PRIVACY telah pun

di perjelaskan sendiri oleh Facebook.

- Tidak ada kerosakkan yang berlaku di Server Facebook dalam apa jua bentuk.

- Kami hanya mengambilalih SEMENTARA account Facebook dan ini tidak boleh disama ertikan dengan pencerobohan.

Info & Tips lanjut boleh didapati disini > https://www.facebook.com/pages/RileksCrew/160687837329003

Pesanan Singkat a.k.a p/s dari JackSparrow:

Korang doa-doakan la, semoga Malaysia dapat menghantar wakil utk masuk ke dalam

Pertandingan Hacker Cup – http://www.facebook.com/hackercup -

Pesanan Singkat a.k.a p/s dari Kambeng Merah:

Mark Zuckerberg bukan dari Malaysia dan dia ni umpama DAJAL..

Kaji semula tentang dajal dan cuba cari persamaannya.

Terima Kasih,

Yang Menaip

Kambeng Merah

.

RileksCrew

Sudah jelas, mereka bukanlah pengkhianat ke apa ke, cuma security tester okeh!! fan page Abby Abadi pun dah dikembalikan walaupun beliau sangat tacink.. Hehe

Gud nite, kite tengok pagi esok havoc ke tak havoc. Haha Rileks Crew and Jack Sparrow!!

Friday, 22 April 2011

Gambar Justin Bieber Tiba Di Malaysia| Gambar Kekasih Justin, Selena!!

Penyanyi remaja sensasi, Justin Bieber,17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.30 petang Khamis bersama kekasihnya, penyanyi Selena Gomez.

Kehadiran mereka bersempena konsert Justin Bieber My World Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 8.30 malam ini.

"Ya, dia (Bieber) akan tiba dari Singapura pada esok (hari ini)," kata seorang pegawai Jabatan Imigresen di KLIA kepada portal berita berbahasa Inggeris terbitran The Star, Daily Chilli, Rabu.

Bieber yang dijadualkan tiba di ibu negara semalam bagaimanapun terpaksa menangguhkan penerbangannya ekoran masalah kesihatan selepas mengadakan konsert di Singapura, Selasa lalu.

"Justin tidak berapa sihat. Jadi, dia berehat di hotel untuk satu hari lagi," dedah satu sumber dari hotel penginapan rasmi penyanyi itu di Marina Bay Sands, Singapura.
Lebih menggemparkan, kunjungan Bieber ke Kuala Lumpur turut ditemani kekasihnya Selena Gomez yang sama-sama mengiringi siri konsert jelajah penyanyi itu di rantau Asia Pasifik.

"Ya, Selena menemani Justin tetapi tidak mahu gambar mereka bersama dirakamkan," akui satu sumber terdekat penganjur rasmi konsert itu, Tune Talk.

Fenomena Bieber terbukti luar biasa apabila tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 sudah habis dijual.

Pintu pagar Stadium Merdeka akan mula dibuka pada pukul 7 malam Khamis sebelum konsert sebenar berlangsung pada pukul 8.30 malam.

Ribuan peminat khususnya remaja dijangka menyaksikan sebuah konsert daripada artis yang mencetuskan fenomena seluruh dunia itu.

 
 

 
Tags: gambar justin bieber di klia, justin bieber datang ke malaysia, justin bersama selena gomez di klia, konsert justin bieber di malaysia, gambar justin bieber & selena gomez di klia malaysia

Friday, 8 April 2011

Sinopsis, Trailer dan Review Filem Karak Kru Studios|Filem Hantu Seram Karak Kru

Salam pembaca yang mencari info!! Filem terbaru KRU Studios tahun 2011 selepas filem Hikayat Merong Mahawangsa iaitu KARAK!!! Filem hantu yang sungguh menyeramkan.

SINOPSIS FILEM KARAK

Filem Karak ini mengisahkan sebuah cerita lagenda dan kisah seram di sepanjang lebuhraya Karak dan merupakan filem seram cubaan pertama terbitan KRU Studio yang diarah oleh Yusry Abdul Halim.

Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.

Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.

VIDEO TRAILER FILEM KARAK

Pergh!!! nak pergi tengok lah!! Terbaik dari ladang ni!!

Monday, 4 April 2011

Biodata Penuh Shaheizy Sam Bintang Paling Popular 2010!!

Siapa yang tak kenal Shaheizy Sam kan. Alah yang berlakon adnan rempit tuu!!! Terbaaeekk der!!! Jom layan biodata beliau!!

Mesti ramai wanita diluar sana yang nak tahu biodata/profil Shaheizy Sam iaitu pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) 2010.Berikut adalah biodata Shahiezy Sam:

Nama Penuh: Shaheizy Sam Abd Samad
Tarikh Lahir : 4 September 1982
Umur Terkini (2011): 29 Tahun
Asal @ Tempat Tinggal : Petaling Jaya, Selangor
Kerjaya : Pelakon

Antara Lakonan Drama Bersiri : Pa’e, Bisikan Hati, Elly, Noda Semalam, Kasanova XXL, Jangan Pandang Belakang The Series, Asmaradana, Seiras Maya, Graduan, Bisikan Hati, Odisi, Adnan Sempit The Series

Filem : Sama Tapi Tak Serupa, Evolusi KL Drift 2, Jangan Pandang Belakang Congkak, Syurga Cinta, Adnan Sempit, Niyang Rapik, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Kongsi .
Pencapaian : Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia Ke 22 (2009)- kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam filem Bohsia,P elakon Lelaki Paling Popular Anugerah Berita Harian 2010, Bintang Paling Popular Anugerah Berita Harian 2010(dinobatkan pada malam 3 April 2011)

Tags: biodata shahiezy sam,pemenang abpbh 2011,juara abpbh 2011, shahiezy sam menang anugerah bintang popular berita harian, genting highland tv3, arena of stars,profil shahiezy sam

sumber: Melvister

KEJUTAN SHAHEIZY SAM BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN 2010|KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN 2010

Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 telah diketahui pada malam ini. Keputusan yang disiar langsung oleh TV3 dari Arena Of Stars Genting Highland akan ditunggu2 oleh seluruh rakyat Malaysia. Senarai semua pemenang telah tok senaraikan di bawah ini.

keputusan anugerah bintang paling popular 2010

PENYANYI LELAKI POPULAR.

  • Faizal Tahir

PENYANYI WANITA POPULAR

  • Yuna

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR

  •   6ixth Sense

PENYANYI NASYID POPULAR

  • Rabbani

PELAKON TV LELAKI POPULAR

  • Remy Ishak

PELAKON TV WANITA POPULAR

  • Fasha Sandha

ARTIS BARU LELAKI POPULAR

  • Shahir

ARTIS BARU WANITA POPULAR

  • Ana Raffali

 ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR

  • Zizanzizan menang artis komedi paling popular

ARTIS KOMEDI PEREMPUAN POPULAR

  • Noorkhiriah

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR

  • Shaheizy Sam

 PELAKON FILEM WANITA POPULAR

  • Lisa Surihani

PENGACARA TV LELAKI POPULAR

  • Aznil Nawawi

PENGACARA TV WANITA POPULAR

  • Fara Fauzana

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR

  • Faizal Ismail

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR

  • Fara Fauzana

ANUGERAH TOKOH SEPANJANG HAYAT 2010

  • Dato’ Rosnani

 BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN 2010

Shaheizy Sam!!!

shaheizy sam bintang paling popular 2010

Tahniah kepada semua pemenang!! HahaksRolling on the floor laughing

sumber Tok Esah

Sunday, 3 April 2011

LIVE STREAMIN TV3 ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN 2010

Anda mencari Live Streaming TV3 Anugerah Bintang Paling Popular Barita Harian 2010?? Tak perlu risau, saya dah sediakan link live streamin TV3 Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 di bawah entry ini. Siapakah ye agak2 akan membawa pulang gelaran bintangpopular 2010 kali ini, sama2 kita menunggu yer!!

Siaran Langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010,Malam Kemuncak ABPBH edisi ke -24 akan dipancarkan secara lansung menerusi TV3 dan radio Hot FM,pada pukul 9 malam ini

Hos

Raja Azura,Sharifah Shahira dan Zizan

Zizan tidak akan persiakan peluang sebagai pengacara malam kemuncak ABPBH 2010. MUNGKIN orang ramai kurang mengenali jejaka dengan nama Mohd Razizan Abdul Razak, tapi apabila sebut saja Zizan Raja Lawak, pasti ramai yang tersenyum dan terbayang akan karektor anak muda dari Terengganu ini yang sentiasa mencuit hati.

Tonton Online Streaming ABPBH KLIK SINI

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN 2010| SIAPAKAH BINTANG PALING POPULAR 2010 3/4/11

Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 akan diketahui pada malam ini. Keputusan yang disiar langsung oleh TV3 dari Arena Of Stars Genting Highland akan ditunggu2 oleh seluruh rakyat Malaysia. Siapakah yang akan membawa pulang sebuah kereta nissan dan pelbagai hadiah yang lumayan. Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 akan diketahui akhir siaran langsung ini.

zizan raja lawak bintang paling popular 2010

Zizan Calon Popular Menggarap Anugerah Bintang Paling Popular 2010

Zizan!! Siapa yang tak kenal dengan dia. Naib juara Raja Lawak musim pertama lama dahulu kini sudah meniti dibibir peminat. lawak yang konsisten dan disiplin yang tinggi meletakkan dia sebaris dengan otai2 pelawak negara. Kalau dulu Saiful Apek dan Nabil pernah menjadi Bintang Paling Polular, tak mustahil Zizan juga mampun untuk menjadi seperti demikian.

Lisa Surihani dan Shaheizy Sam juga merupakan calon femes untuk menang Anugerah terbesar dalam dunia artis di Malaysia. Siapakah yang akan menjadi Bintang Paling Popular Berita Harian 2010?? Marilah kita sama2 menanti dengan penuh sabar.

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Paling Popular BHarian 2010

Keputusan penuh akan diupdate selepas keputusan diumumkan insyaAllah. Selamat menonton di TV3 jam 9.00pm. Stay tuned!!

Sumber: Tok Esah

Saturday, 2 April 2011

MAHARAJA LAWAK: Semua Selamat Tiada Penyingkiran Minggu Pertama 1/4/2011

Maharaja Lawak yang baru membukan gelanggang pada hari ni, 1 April 2011 membariskan beberapa senior dan junior peserta2 Program Raja Lawak dari musim pertama sehingga musim kelima. Dibarisi ramai bintang yang telah menceburi bidang artis ini seperti Nabil, Johan dan Zizan dan ramai lagi. Malam ini memang menarik, minggu pertama penonton dah tak kering gusi.

Tiada penyingkiran untuk peserta maharaja lawak pada minggu pertama ini. Namun begitu 3 peserta yang undian terendah ialah Amir, XN3 dan Jihan digertak naik ke atas pentas. Mamat Khalid sebagai juri Maharaja Lawak mengumumkan “tiada eliminasi” untuk maharaja lawak bagi minggu 1 ini.

Lawak Sepah, Balas, Jozan dan Nabil yang paling menyerlah dan buat ramai penonton ketawa dengan lawak bersahaja. Gabungan junior dan senior memang akan menghasilkan suatu lawak yang paling best. Sama-sama kita nantikan siapa Juara Maharaja Lawak yang bakal membawa pulang hadiah RM300K nanti.

Stay tuned!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...