Assalamualaikum wbr…..
Selamat malam semua dan apa khabar semua rakyat Malaysia yang masih tidak ketiduran di saat embun pagi menggigilkan seluruh tubuh. Tengah buat apa tuuuh??? hahaha
Okeh, entry kali ni bukan apa. Just wanna to share some new info which is nobody no about it… Hahaha (speaking mat salleh tok pepagi bute ni).
Fan Page Aliff Aziz Di Hack Oleh Rileks Crew…!!
Korang tahu tak sape Aliff Aziz tu? Ala penyanyi tuuu… Sayang, sayang, kau sudah berpunya, tertutup sudah… bla bla
Gambar ni tok print screen pada 10 minit pertama fanpage di hack. Macam mane tok tahu?? Ada lah rahsianya… haha
Okeh, malas nak berbicara pasal ni. Cuma nak tekankan di sini, sekuriti kita!!
Kenapa security kita masih tidak secure? Ni mujur kena hack by hacker Malaysia. Kalau kena macam oh media fm yang di hack oleh pihak hacker Garuda/Indonesia. Sampai bila2 tak dapat balik page tu. Hurm…..
Jom kita sama2 baca RileksCrew Rulez
1) MOTIF
- Kami bukan suka-suka untuk HACK FB org dan HACK FB org bukanlah hobi kami.
- Kami adalah SECURITY TESTER yg menjalankan kerja-kerja mencari kelemahan I.T di FB
- Kami cuba untuk menyelamatkan FB anda jatuh ke tangan org yg tidak bertanggungjawab
- Kami ingin berkongsi kepada anda ciri keselamatan yg perlu diambil ketika ONLINE.
- Kami bertindak untuk menyedari bertapa tingginya risiko anda mendedahkan terlalu
banyak info peribadi di internet.
- Kami cuba mengekalkan niat untuk membantu anda terus selamat di dunia siber.
2) CARA KAMI
- Kami SECURITY TESTER tidak sesekali menggunakan sebarang SOFTWARE / TOOLS
untuk HACK mana-mana account Facebook. Kami menggunakan method SOCIAL ENGINEERING
bagi mengenalpasti setiap kelemahan yang boleh diperbaiki oleh sipemilik account FB tersebut.
3) PENAFIAN
- Kami tidak bertanggungjawab diatas segala kehilangan yang berlaku selepas pengambilalihan
dari pihak kami dari mana-mana account Facebook yang telah diambil alih.
- Kami juga tidak sesekali membuang, mendelete atau menjahanamkan account FB anda.
- Kami tidak bertanggunjawab diatas segala KOMEN / POST dari Friends / Fan account FB anda.
- Kami tidak menjual segala info peribadi anda kepada pihak ketiga.
- Kami tidak ingin untuk memiliki account anda lebih dari 10 hari melainkan tuntutan tidak diterima.
4) Ambil Alih
- Setiap pemilik sebenar account FB yg diambil alih oleh pihak kami boleh dituntut 24jam selepas
pengambilalihan berlaku.
- Setiap tuntutan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja.
- Pemilik sebenar account FB boleh menghubungi pihak kami melalui email:
rilekscrew [at] yahoo [dot] com
- Pemindahan hak milik kepada pemilik sebenar mungkin dilanjutkan jika beberapa faktor yang tidak
menyenangkan pihak kami diterima seperti MAKI HAMUN, FITNAH, CEMUHAN dan sebagainya.
- Account FB yg tidak dituntut dlm masa 10 hari seterusnya akan diambil alih 100% atau di delete.
- Account FB yg melampaui batasan KUTUKAN dan KOMEN NEGATIVE kpd pihak kami juga akan di DELETE
5) SIAPA KAMI?
- Kami hanyalah insan-insan biasa yang lemah lagi xberdaya untuk melawan kuasa ALLAH SWT.
- Kami adalah SECURITY TESTER, SECURITY ADMIN, SECURITY GUARD, NETWORK SECURITY & IT Security.
- Kami tergolong dalam Pihak WHITE HAT.
- Kami adalah berkumpulan dan setiap tindakan kami diawasi oleh ketua-ketua kami.
- Kami bukan penjenayah mahupun pencuri dan juga tidak boleh digelar sebagai penyangak.
- Kami bukan professional tetapi kami boleh menjadi professional.
- Kami tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak Badan Kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan.
- Kami budak baik.. hehehe..
6) DAKWA KAMI?
- Kami tidak berhak menerima mana-mana dakwaan yang diajukan kepada kami oleh mana-mana pihak
kerana kami tidak sesekali melakukan sebarang jenayah cyber spt yg telah dijelaskan di atas.
- Kami menjalankan aktiviti MENCEGAH dan MENYELAMAT untuk anda secara percuma dan terbuka
di perkhidmatan percuma yang disediakan oleh FACEBOOK dimana TERMS & PRIVACY telah pun
di perjelaskan sendiri oleh Facebook.
- Tidak ada kerosakkan yang berlaku di Server Facebook dalam apa jua bentuk.
- Kami hanya mengambilalih SEMENTARA account Facebook dan ini tidak boleh disama ertikan dengan pencerobohan.
Info & Tips lanjut boleh didapati disini > https://www.facebook.com/pages/RileksCrew/160687837329003
Pesanan Singkat a.k.a p/s dari JackSparrow:
Korang doa-doakan la, semoga Malaysia dapat menghantar wakil utk masuk ke dalam
Pertandingan Hacker Cup – http://www.facebook.com/hackercup -
Pesanan Singkat a.k.a p/s dari Kambeng Merah:
Mark Zuckerberg bukan dari Malaysia dan dia ni umpama DAJAL..
Kaji semula tentang dajal dan cuba cari persamaannya.
Terima Kasih,
Yang Menaip
Kambeng Merah
.
RileksCrew
Sudah jelas, mereka bukanlah pengkhianat ke apa ke, cuma security tester okeh!! fan page Abby Abadi pun dah dikembalikan walaupun beliau sangat tacink.. Hehe
Gud nite, kite tengok pagi esok havoc ke tak havoc. Haha Rileks Crew and Jack Sparrow!!
No comments:
Post a Comment